Owl :3

Hari Terakhir.

Assalamualaikum.


Hari Terakhir.


Harini hari terakhir aku dekat GiatMara Masjid Tanah.Banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui.Banyak benda yang aku belajar dekat situ.Kedua orang chef yang bagi aku sudah cukup hebat 'Masterchef' banyak mengajar aku tentang selok belok dunia masakan.Dari kosong kini sudah terisi kekosongan itu.


Seperti biasa hari hari lain pagi berbaris nyanyikan lagu negeri Melaka kemudian ketua pelajar beri taklimat yang terakhir.Sebelum masuk sesi kuliah salam para tenaga pelajar cium pipi bagi yang lelaki salam tangan cium pipi tidak boleh hi hi hi . Aku melangkah ke pejabat sambil tangan pegang erat sampul surat berisi surat berhenti aku untuk pengurus.Masuk saja dalam biliknya yang bagi aku sudah macam berada di kutub selatan sejuk yang amat . Aku labuhkan punggungku dan beri surat yang aku genggam erat tadi.'Sayangnya awak dah nak berhenti tak boleh tangguh dulu ke "? kata pengurus.Jawab aku ' Tak boleh la cikgu'sambil ketawa kecil.Sesudah selesai urusan di pejabat aku terus ke bilik kuliah.

Sebelum balik,aku sempat pergi ke pejabat bersalaman dengan staff lebih manja panggilan 'kak yati' aku salam sambil berkata' Kak terima kasih panjang umur jumpa lagi' kata kak yati'okay dik jaga diri nanti kak kirim coklat' Ha ha ha  Aku ketawa kecil.Keluar dari pejabat melangkah ke padang perhimpunan dan beratur seperti biasa.Sebelum pergi aku salam semua rakan seperjuangan aku . 

Adam ' Jaga diri sayang selamat tinggal'
Adha ' Okay jaga diri . bye'
Abang harith' Goodluck.Moga tercapai apa yang di inginkan'

Itu sebahagian kawan kawan aku yang part adam aku senggih lebih ceehhhhh ha ha ha . Aku hidupkan enjin motor dan lambai tangan ke arah rakan rakan aku . Itu la kali terakhir aku berpandangan mata dengan mereka semua.Moga allah temukan kita dan di harap persahabatan dah terjalin kekal sampai bila bila .Ameen





Mulai esok aku sudah tak bergelar pelajar GiatMara lagi menghitung hari untuk sambung belajar ke Kolej Komuniti Langkawi dalan jurusan seni kulinari.Tak jadi 'minah rempit ' lah aku ha ha ha berbaki dua minggu yang ada itu lah masa yang ada untuk bermanja dengan keluarga.Moga dipermudahkan segala urusan. Amenn Ya Rab.


Salam sayang,
NorFazlinBadrolhisham
XOXO

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.