Owl :3

Bila Cemburu.








Cemburu.


Haritu Ego harini Cemburu.Fitrah manusia nak nak dalam perhubungan.Seminggu lebih kau dengan dunia kau aku dengan dunia aku.Tak silap aku baru entry lepas aku kata nak merajuk bagai tapi bila kau pujuk aku cair mungkin ? 

Tiga kali kau beri salam sebagai permulaan pesanan ringkas kali ketiga baru aku mula rasa kesian tambah pula tipu la aku tak rindu kau sayangku . Mungkin semalam hati aku sudah sejuk dengan selamba aku membalas pesanan ringkas kau 

' Awak rindu saya ke ? ' 

Tak lama itu mungkin sepantas kilat kau pula membalas

' Yelaaaaaaa*mukasedih*'

Hati aku pula berbisik ' Baru sekarang nak rindu tu la lain kali jual mahal lagi' Selepas itu semakin rancak la perbualan di telefon tak henti-henti sehingga ummi mengusik ' Ai ada orang tu dah okay ke tak merajuk dengan cik abang lagi dah ' Aku tersengih sengih sambil mata membelek belek pesanan ringkas yang kau beri pada aku.  

Tengah-tengah asyik berbalas pesanan ringkas sambil itu aku meng log in muka buku ku mata berkeliaran melihat chatbox terjumpa pula nama kau Arief Iskandar bila aku tanya siapa yang 'online '? dengan penuh selamba kau balas .

'Not me  . Tu Balqish maybe'

Sebaik saja aku membaca pesanan kau hati aku mula rasa panas pipi aku mula rasa bahang terlintas dalam fikiran aku kenapa minah ni pulak yang onlinekan untuk kau .Aku tahu kau anggap dia 'bff' kau dan kau bilang pada aku kau sudah anggap dia seperti ' adik ' sendiri. Sayangku, aku ini perempuan tak kira kau anggap dia bff adik sekali pun aku ada perasaan cemburu . Sebelum ini , aku kata sendiri malah aku ingatkan pada diri ni 'takpe la fazlin dorang bff je pon rilex k rilex' Tapi aku rasa ini sudah melampau. Ya Allah baru saja nak berbaik baik ada pula benda lain yang datang .Betul la kata pepatah cinta

' Makin lama kita sayang seseorang itu makin banyak dugaan yang kita dapat'


Bagi aku , aku masih waras dan boleh berfikir tak apa sayangku aku anggap ini semua dugaan yang Allah beri pada kita.Kau tetap kan pendirian kau aku dengan pendirian aku . Mujur kau memujuk kira beruntung dapat aku yang mudah mengalah .Aku tenangkan diri dan senyum , senyum dan terus senyum.Aku sayangkan kau kerana Allah semoga kau sentiasa di bawah lindunganNya.



Amin Ya Rab.




Salam Sayang ,

Norfazlin Badrolhisham

XOXO
  

  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.