Owl :3

Ego.










Ego.

Itu yang mampu aku luahkan.Perkara kecil suka diperbesarkan tetapi yang kecil itu yang kau akan rindu selalu.Seminggu kau hilang macam itu kau dengan dunia kau aku dengan dunia aku.Dunia kita berbeza tetapi sayang aku pada kau hanya Dia yang tahu bagaimana penangannya.

'Awak tak text saya , saya tak kisah . Awak tak call saya , saya tak kisah , awak tak tegur saya , saya okay saya tak kisah sebab saya tahu awak dengan saya macam mana.Teruskan . saya tak kisah'

Kiriman pesanan ringkas terakhir yang aku kirim pada kau . Esoknya kau muncul ucapan salam sebagai permulaan.Aku yang sedang mengelamun memikir tentang kita terus tersedar akan getaran yang kuat di dalam saku seluar . Perlahan lahan aku membelek apa yang kau kirim pada aku . Hati aku mula berkata ' Oh baru sekarang muncul' Aku biarkan saja kiriman pesanan yang kau beri pada aku . Untuk kekalkan apa yang kita ada selama kau dengan aku bukan mudah sayangku . Susah senang kau dan aku lalui satu persatu dugaan demi dugaan yang aku tempuh .Itu semua mematangkan aku.Berkotak kotak tisu yang umi aku beli di family store  habis aku kerjakan dek kerana mendengar alunan instrumental yang begitu membuatkan aku tidak duduk diam.Haih hebat sungguh penangan kau Arief Iskandar.Tapi tak apa aku cuba membawa hati seketika . Aku harap kau baik-baik sahaja dibawah lindunganNya.Kau tunggu sahaja lah sesi merajuk aku yang entah bila penghujungnya selalu kau saja yang merajuk . Biar kali ini kau rasa bagaimana penangan aku pula.Meski pun hati ini terguris Dia saja yang tahu betapa rindunya aku pada kau , aku rindu ingin mengusik kau , gelak tawa kita ahhhhhh aku kena kuat . Merajuk tetap merajuk . 


Salam sayang ,

NorFazlin Badrolhisham
XOXO

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.