"Calon-calon ada 30 minit terakhir dan tidak sama sekali dibenarkan keluar" Ayat keramat yang sentiasa di ingatkan pengawas yang menjaga calon-calon SPM . Kertas Ekonomi Rumah Tangga merupakan kertas terakhir saya . Memandang di sekeliling dewan tidak sangka hari itu merupakan hari terakhir sekolah pilu rasanya hati ini banyak kenangan yang tercipta semasa bergelar "Pelajar Sekolah Smk Sultan Alauddin" . Tiada lagi gelak tawa bersama -sama teman di sekolah , usikan manja dari guru-guru yang mengajar saya selama 5 tahun tanpa jemu .Apabila kertas dikutip satu persatu senyuman yang diukir oleh setiap pelajar jelas terpancar gembira hati ini berterusan mengucap syukur kepadaNya. Terima kasih yang tidak terhingga buat guru-guru yang sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan .5 tahun memegang jawatan sebagai pelajar sekolah banyak kenangan manis yang terukir dan tak mungkin akan dilupakan .Masih saya ingat semasa hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Saya ditemani oleh Ummi.Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin dari tahun 2008-2012
Pn Rubiah Sarham (Guru Tingkatan saya )
Pn Umi Kalsom Omar :)
Hazirah . Ling Ling . Xue Ting :)
Sebelum nak masuk dewan :)
Awas !hehehee
Nur Shabina Rahmad :3
Selesai sudah zaman persekolahan saya selama lima tahun . Smk Sultan Alauddin tetap diingati sampai bila-bila . Jadi , kemana saya selepas ini ? khawin ? sambung belajar ? kerja ? Nantikan sambungan ...... cehhhhh macam drama pulak kan hahahhah . Untuk teman teman seperjuangan manfaatkan la cuti ni dengan aktiviti yang baik .
Salam sayang ,
NorFazlin Badrol Hisham.
Salam sayang ,
NorFazlin Badrol Hisham.
p/s: Tidakkah awak rindu ingin melihat ombak bersama saya lagi Arief :3 Hahahaaa
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.