Salam Jumaat dari saya masih belom terlambat lagi kan kan kan hihihi . Ya Allah harini penghulu segala hari dan harini juga sekolah ada buat majlis restu ilmu untuk semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM & STPM .Majlis berjalan dengan tenang dan lancar dengan permulaan zikir munajat .Saya rasa harini hari yang paling bermakna buat saya dan kawan kawan yang lain .
Tak terkata rasanya sebab tak sangka dan terharu sangat dengan apa yang dah berlaku harini . Mungkin atas doa yang tidak putus-putus untuk satukan kami kembali termakbul juga akhirnya Alhamdulillah.Allah maha adil dia menguji kita kemudian dia pulangkan balik kebahagiaan itu Subhanallah indahnya . Bak kata peribahasa " Air yang di cincang tak akan putus juga " . Jadi nak dijadikan cerita kami semua bersatu hati kembali gelak tawa bersama bermaafan bersama menangis bersama . Saya juga manusia biasa punya perasaan memang tidak dapat dinafikan sebak di hati ini tidak tertahan air mata ini mengalir tanpa henti .
Akhir kata , baik buruk seorang kawan itu terimalah dengan seadanya lumrah manusia sentiasa tidak lekang dari membuat kesalahan terkadang keegoan menjadi raja cepat atau lambat kita pasti bersama kembali jadi begitulah akhirnya cerita saya bersama teman teman seperjuangan ambil yang keruh buang yang jernih . Nur Liyana Hanani , Siti Nasuha , Nur Hazirah , Nur Shabina , Nur Dahliana , Hazwani Izni , Nur Aswani , Nur Syazwani terima kasih terima kasih dan terima kasih kerana sudi lagi menjadi teman Insha Allah diharap persahabatan kita kekal sampai ke anak cucu Eh ? Hahahhaah Aku sayang kau orang semua Buat yang terbaik untuk Sijil Pelajaran Malaysia . Aku sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kau orang semua pandang ke hadapan jangan menoleh . Segala kenangan pahit dan manis kita simpan untuk diingat sampai bila bila dan diperbaiki untuk menjadi insan yang lebih baik Insha Allah .
Salam sayang dari Sahabatmu ,
Nor Fazlin Bte Badrol Hisham.
Assalamualaikum .
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.