Selepas membaca tentang "Pemilik Tulang Rusuk Kiri" ada satu pertanyaan dalam diri aku" Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa? " Walaupun aku tahu usia aku tidak patut memikirkan tentang teman hidup tapi apa kan daya sifat ingin tahu aku meronta ronta .
Bagaimana dengan rupa parasnya ? Tinggi ke rendah ? kurus ke gempal ? cerah ke gelap ? hensem atau buruk ? Puas aku bayangkan ternyta hanya tanda tanya .Si Dara sering mengimpikan lelaki rupawan kononya nak hensem macam Aaron Aziz Tetapi pada aku cukup la sekadar penyejuk mata yang boleh membimbing aku mengimamkan solat ku serta menjadi lelaki yang bertanggungjawab .Bila akhirnya aku berfikiran matang saat aku dah berumur 17 tahun tanya lagi buat sekian kalinya "Aku ni tulang rusuk siapa ?" Bagaimana pula akhlaknya malas ? rajin ? baik ? jahat ? kalau lah orangnya baik soleh layak kah aku untuk menjadi teman hidupnya ahhhhhhhh masa masih panjang untuk aku fikirkan .Namun begitu , aku mula cermin diri sendiri macam tak layak untuk disunting pencinta ilahi lemah rasa diri ini penuh dosa malah layak dicaci .Bagaimana kalau pemilik tulang rusuk ini tahu betapa hinanya si rusuk kiri ? mesti dia akan menyesal . Mulai saat itu , aku tanam kan azam tuhan masih bagi aku peluang Insyallah aku berusaha untuk membaiki diri ini untuk melayakkan diri pada yang terbaik . Semoga pemilik tulang rusuk kiri mendengar rintihan hati ini.
---------------------------------------------------------------------
Jika benar dialah pemilik tulang rusuk kiriku, aku terima seadanya Ya Allah.
Seandainya bukan, jangan biarkan aku merindui kehadirannya.
Biarlah aku meratapi segala yang berlaku sebagai satu pertemuan yang indah.
Permudahkanlah segala urusanku untuk melupakan rasa kasih yang pernah tercipta dihati ini.
Sesungguhnya ketetapanMu adalah yg terbaik bagi setiap mahkluk di muka bumiMu ini Ya Allah.
Dunia ini hanya sementara. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Aku takkan persoalkan apa yang telah terjadi.
Rancangan yang diatur ini hanya Engkau sahaja yang menentukan.
Nikmat rindu, sayang dan cinta begitu indah Kau berikan padaku Ya Allah.
Andai dia bukan tercipta untukku aku redha.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.