Tanggal 28 Haribulan 10 tahun 2010 hati saya dimiliki oleh awak yang bernama Arief Iskandar Aminor . Sejujurnya rasa teruja dan amat gembira dengan kehadiran awak dalam hidup saya .Percintaan yang saya dan awak jalinkan melalui hubungan jarak jauh walaubagaimanapun sejauh mana pun awak berada saya setia mencintai awak seorang . Awak , saya sentiasa teringat saat saya bertanya kan soalan pada awak "Awak kenape awak suka sangat dekat saya ? Saya tak la cantik mana awak Hensummmm petik sekali sepuluh yang datang Kenapa awak nak saya juga ?" Awak membalas " Awak sangat sempurna bagi saya senyuman awak dan lesung pipit awak yang comel itu menggegarkan degupan jantung saya "
Pada masa itu , saya hanya mampu tersenyum lebar . Awak terima saya sedanya dan saya terima baik buruk awak seadanya .Sejujurnya saya amat merindui saat saat manis saya bersama awak Arief Iskandar . Selama setahun lebih saya bersama dengan awak banyak memori yang terindah yang tak mungkin dapat saya lupakan Kita berpuasa sama - sama , Kita menangis sama -sama , Kita gembira sama -sama , Dan yang paling manis saya dengan awak hampir bergaduh disebabkan memilih warna tema untuk baju raya . Awak minat warna Hijau Saya tak minat saya mahu warna Unggu . Awak merajuk dengan saya tapi tidak lama awak mengalah dan memilih warna Unggu . Awak tetap sabar dan sentiasa mengalah dengan karenah saya .
Semakin hari semakin bertambah sayang saya terhadap awak . Namun begitu , seperti pasangan yang lain kalau tidak bermasam muka tidak sah Awak sangat manja dengan saya kadang -kadang saya suka mengusik awak , awak merajuk dan saya pujuk . Selama setahun hubungan kita banyak halangan dan rintangan yang kita sama sama lalui Saya hadapi dengan Redha . Ianya membuatkan saya lebih matang dan sentiasa berfikiran kehadapan .
Walaubagaimanapun , Jodoh kita tidak lama . Saya dan awak hanya mampu merancang hanya Tuhan yang tentukan . Saya redha awak pergi dalam hidup saya sekurang kurangnya awak pernah membahagiakan hidup saya dan membuat hari hari saya dengan awak ceria . Saat saat terakhir saya mendengar suara awak hanya air mata yang berlinangan tidak henti seperti arus sungai yang mengalir deras . Saya tidak berdaya pada waktu itu untuk bercakap dengan awak untuk kali yang terakhir kerana sayangnya saya terhadap awak amat dalam dan tidak terkata .Namun saya pasrah dan redha melepaskan awak pergi kerana saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Pesan saya untuk awak "Jaga diri awak baik baik , jangan main bola sangat kaki awak tu sakit . Ingat pesan mama awak , jangan cenggeng sangat awak tu anak lelaki , awak belajar rajin-rajin buktikan dekat mama awak yang awak boleh . Lepas ni tak ada siapa yang nak pujuk awak kalau awak merajuk , awak pujuk diri awak sendiri tahu . Kalau bawa motor bawa hati hati ingat awak muda lagi . Dan yang terakhir pesan saya untuk awak . Jika jumpa pengganti saya sayang lah dia seadanya seperti mana awak menyayangi saya . Jangan sakiti hatinya kerana hati wanita amat sensitif . Terima kasih selama setahun hubungan kita terjalin banyak benda yang saya belajar dari awak . Saya sayang awak sampai bila bila . Saya sentiasa doa'kan awak :D Assalamualaikum " Dengan air mata yang berlinangan meletak telefon bimbit saya perlahan lahan di atas meja . Saat itu saya hanya mampu menangis dan terus menangis . . . . . .
Okey readers .Sekarang saya dah kuat :D saya senyum sentiasa walau apa pun yang terjadi saya harusss kuatkan semangat untuk teruskan hidup . Sekain Assalamualaikum :D
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.