Owl :3

Salah Ke Pakai Inai ?





Assalamualaikum .


Tajuk entry kali ni agak menarik untuk dikupas.Tentang 'Inai' lumrah bagi pasangan yang akan mendirikan rumah tangga tak sah kalau tidak memakai inai mengikut citarasa masing-masing dan ada juga pasangan yang bersetuju  untuk tidak  memakai inai itu terpulang kepada pasangan.Bagi saya pemakaian inai itu tidak salah malah digalakkan asalkan tidak berlebihan dan mengikut syarak.


Sebut sahaja tentang inai sudah terbayang akan kemerahan warna , corak , reka bentuk dan banyak lagi.Tahukah anda bahawa warna inai bergantung kepada jenis kulit dan suhu badan si pemakainya. Kalau pemakainya berkulit putih melepak, warna inai akan menjadi jingga bercampur kemerahan. Kalau pemakainya berkulit kuning langsat, maka warna inai akan cenderung menjadi lebih gelap. Jika pemakainya memiliki kulit hitam-hitam si tampuk manggis, warna inai akan menjadi merah seperti darah beku atau merah hati.


 Teringat pula masa abang saudara khawin tahun lepas berpeluang juga rasa memakai inai bercorak tetapi bukan yang di ukir saya beli pelekat nya sahaja di kedai hanya RM2 untuk inai tiub dan RM3 untuk pelekat inai mudah dan senang dipakai malah tahan selama dua minggu yela buat apa lama lama bukan saya yang khawin*gelaktutupmulut*.

Untuk bakal-bakal pengantin di luar sana kakak-kakak dan abang abang saya nak share laman web pengukir inai boleh la pilih mana yang berkenan di hati ecehhhhh
 https://www.facebook.com/noor.collection?ref=ts&fref=ts

https://www.facebook.com/pages/Inai-Ace-Henna/189697664404651?ref=ts&fref=ts

Bagi saya kedua dua pengukir ni hasil kerjanya sangat awesome sangat cantik dan jangan risau pemakaian inai bercorak juga dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk kepastian cuba layari laman web dibawah untuk lebih lanjut:

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak 



Selamat mendirikan rumah tangga bagi pasangan yang akan melansungkan perkhawinan senyum selalu macam saya*SIGH* Untuk kawan-kawan seperjuangan nantikan kad khawin saya sampai di peti surat rumah anda semua hahahaaa tak tak gurau je lambat lagiiiiii oiiiiii kasi habis belajar duluuu.


P/s: Dear Arief , awak dah pilih dah nak corak inai yang mana untuk saya nanti *SENGGIH*


 Gtg now . Assalamualaikum.


Salam sayang,
NorFazlinBadrolhisham
XOXO  





 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.