Owl :3

Kami Adik Beradik Kami Takkan Terpisah !

Assalamualaikum .


Dah dua minggu dekat kampung semalam ummi ambil . Rindu mak su rindu adam rindu cousin-cousin semua rindu kambing rindu rindu rinduuuuuu :'( Tapi tak apa nanti ada masa balik kampung lagi . Okayyyy tak nak sedih sedih hapyyyyy selaluuu *Cough* . Okay harini saya nak cerita tentang insan-insan yang amat saya sayang bukan "boyfriend" no no no no tapi tentang adik beradik sayaaaaaa : ) Bismillahirrahmanirrahim . . . 


Okay saya ada empat orang adik beradik . Sulung lelaki Mohd Sufi Badrolhisham (18tahun) Anak kedua saya yang tengah menaip nie Nor Fazlin Badrolhisham(17tahun) hehe Anak ketiga Muhammad Shuib Badrolhisham(13tahun) dannnnnnn yang terakhir adik bongsu saya yang teramattt lahhh comel Nur Fatimah Farisha Badrolhisham(4tahun) k nama dia panjang jelessss to the max hahaha k tipuuu jee . Kami membesar bersama-sama walaupun berlainan umur tetapi kami tetap sayang dan saling hormat antara satu sama lain . Kami berempat bersyukur sebab dikurniakan dua orang insan yang kami sayang iaitu Ummi dan ayah yang sentiasa sayang , ambil berat , garang sentiasa . Alhamdulillah kami diberikan pendidikan agama yang cukup ilmu-ilmu serta didikan yang tiada tolak bandingnya . "Walaupun kita duduk di rumah kecil sahaja. Tapi kita bahagia" Ummi selalu cakap macam ni "Dulu kita pernah susah , sebab tu bila senang sikit kena belajar bersyukur.Ummi lebih garang dari ayah ummi tak bagi bercintan cintun ni belajar dulu baru fikir semua tu belum masanya lagi . Ayah seorang yang pendiam tak banyak cakap bercakap bila perlu saja lagipun ayah kerja tapi bila ada masa terluang ayah akan berborak dengan kami keluar jalan- jalan makan- makan makan bercuti dan lain-lain . Ya Allah kau selamatkan lah keluargaku sesungguhnya meraka adalah kekuatan untuk diri ini menempuh segala liku-liku kehidupan yang mencabar . Lastly , setinggi mana kita berdiri jangan lupa kepada orang yang kita sayang kerana merekalah yang selama ini sentiasa bersama dengan kita walaupun senang ataupun susah .




Salam sayang ,
Nor Fazlin Badrolhisham
xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.